• Photobucket
  • Photobucket
  • Photobucket
  • Photobucket

PENGENALAN



Selamat Datang ke Blog Rasmi BOSS 
 "Bachelor of Office Systems Society"
UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka
Blog ini merupakan platform rasmi perkongsian maklumat bagi mahasiswa dan mahasiswi UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka bagi jurusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Sistem Pejabat.

Segala aktiviti mahupun maklumat terkini dari BOSS dan Fakulti khususnya dan UiTM Cawangan Melaka amnya akan dipaparkan terus ke blog ini bagi memudahkan para mahasiswa mendapat maklumat yang terbaru dan terkini.

Bachelor of Office Systems Society (BOSS) mula ditubuhkan pada 25 Februari 2011, di mana majlis perasmian penubuhan ini telah dilangsungkan di Aras 16 Bangunan UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka. Mewakili kesatuan pelajar dari jurusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Sistem Pejabat yang baru sahaja ditubuhkan pada Julai 2010 di UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka, kelab ini bermula kurang dari 50 orang ahli yang terdiri daripada pelajar OM221 3A dan OM221 4A. Hasil daripada perancangan yang teliti maka BOSS melangkah dengan berani dalam menempah tempat yang setanding dengan kelab dan persatuan pelajar dari program lain yang terdapat di UiTM Cawangan Melaka. 

LOGO RASMI BOSS

Logo Rasmi BOSS ini telah direka melalui ilham dan kerjasama daripada Penasihat BOSS, Cik Zarina Begum bt Ebrahim serta warga kelas OM221 3A (2nd Batch). Ciri keistimewaan yang tertera di logo BOSS ini menjadi lambang kesatuan seluruh warga BOSS UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka. 



Cogan Kata BOSS
We Proud to become BOSS


Visi BOSS

Menjadikan graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Sistem Pejabat, graduan yang unggul dan kebolehan pasaran yang tinggi.


MISI

Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Sistem Pejabat menerusi aktiviti yang di anjurkan oleh Kelab,  Universiti dan Fakulti


OBJEKTIF

Melahirkan graduan yang berdaya saing serta bersedia dengan alam profesionalisme.

Melahirkan graduan yang berakhlak, berintegriti, dan mempunyai wawasan yang tinggi.

 Melahirkan graduan yang berfikiran kreatif dan kritis serta berpandangan jauh dan bijak dalam perancangan serta tindakkan

Melahirkan bakal-bakal pemimpin yang mampu mentadbir organisasi dengan amanah, cekap dan berkualiti





No comments:

Post a Comment