• Photobucket
  • Photobucket
  • Photobucket
  • Photobucket

02 June 2012



MAJLIS PERASMIAN PENUTUP FIESTA BOSS 2012

TEMPAT :THE EMPEROR HOTEL, MELAKA 
MASA : 8.30 MALAM – 11.00 MALAM
11 JUN 2012
TEMA : KORPORAT "THE YOUNG OFFICERS OF NEW GENERATION"
"Fiesta Bachelor of Office System 2012"





ASSALAMUALAIKUM, KEPADA SEMUE PELAJAR OM 221 KAMPUS BANDARAYA MELAKA.ANDA DIJEMPUT HADIR KE BILIK SEMINAR ARAS16 BAGI MEMERIAHKAN FIESTA BOSS 2012 YANG AKAN BERLANGUSNG PADA 4 - 8 JUN 2012.BERMULA PADA PUKUL 830 SEHINGGA 2.00 PETANG
DAN PERTANDINGAN RFP AKAN DIADAKAN PADA HARI KHAMIS MALAM PADA PUKUL 8.00 MALAM .


BERIKUT ADALAH BUTIRAN PERTANDINGAN YANG AKAN DIADAKAN
FIESTA BOSS 2012
TARIKH : 4-7 JUN 2012
MASA : 8.00 PAGI – 2.00 PETANG
RFP – 8.00 MALAM – 11.00 MALAM
TEMPAT : BILIK SEMINAR ARAS 16, KBM

ISNIN, 4/6/2012 - PENGUCAPAN AWAM, PAMERAN REKA CIPTA
TEMA : PERANAN MAHASISWA DALAM MEREALISASIKAN TRANSFORMASI NEGARA


SELASA, 5/6/2012- PERTANDINGAN CATUR DAN TEKA SILANG KATA


RABU, 6/6/2012 – PERTANDINGAN MONTAJ, PERTANDINGAN SISTEM, PEMARKAHAN REKA CIPTA

TEMA MONTAJ : UITM AS A WORLD CLASS UNIVERSITY

KHAMIS, 7/6/2012- PERTANDINGAN PROPOSAL TERBAIK
DIHARAP ANDA SEMUA DAPAT HADIR UNTUK MEMERIAHKAN MAJLIS DAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA RAKAN-RAKAN ANDA..SEKIAN.. TERIMA KASIH



MAJULAH BOSS UNTUK UITM


Sebarang  pertanyaan boleh merujuk kepada:
YDP BOSS- Zulfadli - 045181620


"sila rujuk di papan kenyataan BOSS tuk sebarang rujukan"

24 March 2012

KEMUNCAK PILIHANRAYA BOSS SESI 2012-2013



Pilihanraya BOSS telah selamat dijalankan, manakala kiraan undi telah selamat dikumpulkan. Cuma hanya tinggal pengumuman, siapakah yang bakal 
menerajui kerusi Majlis Tertinggi BOSS bagi Sesi 2012-2013.
Nantikan debarannya di malam kemuncak

Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) BOSS kali ke-2
Sesi 2012-2013

yang akan diadakan di

Auditorium Aras 4
Bangunan UiTM Cawangan Melaka
Kampus Bandaraya Melaka

pada 28 Mac 2012
jam 8:00 malam.




22 March 2012

PILIHANRAYA BOSS 2012-2013



BERIKUT MERUPAKAN JADUAL PILIHANRAYA BOSS 2012-2013

TARIKH:   23 MAC 2012
HARI:   JUMAAT
LOKASI :   RUANG LEGAR ARAS 2, BANGUNAN GRAHA


___________________________________________________________

8:30 - 9:20     PAGI
OM 221 4B 

9:30 - 10:20   PAGI
OM 221 5A

10:30 - 11:20 PAGI
OM 221 4A

2:30 - 3:20      PETANG
OM 221 3A

3:30 - 4:20      PETANG
OM 221 6A


___________________________________________________________



03 March 2012

BOSS di tahun 2012




di Tahun 2012 ini ucapan khas 
kepada warga BOSS 

Selamat menyambung kembali pengajian anda. Ingat perjuangan anda di bumi UiTM ini masih belum selesai. Perkara yang telah sudah jadikanlah iktibar dan perkara yang bakal menyusul hendaklah dihadapi dengan penuh iltizam dan kesungguhan demi mencapai sesuatu yang terbaik dalam hidup kita. 

Dan kepada warga BOSS yang baru dan bakal mendaftar pada keesokkan harinya, kami dari warga BOSS ingin mengucapkan

Selamat Datang dan selamat menyertai kami di 
BOSS




23 February 2012

SENARAI NAMA SEMESTER MARCH - JULY 2012

Assalammualaikum....


Berikut adalah senarai nama mengikut bahagian masing-masing. Sebarang pertukaran kelas adalah tidak dibenarkan. Bagi bahagian 4 untuk kelas yang melibatkan MAKMAL untuk kod (OSM554 dan OSM603) kelas anda akan berpecah kepada 3 (A, B, C) iaitu mengikut kelas anda yang asal semasa bahagian 3, cuma kes-kes tertentu sahaja yang akan ditentukan kelas. Untuk bahagian 5 dan 6 kelas anda seperti biasa. Bagi mereka yang namanya saya HIGHLIGHT KUNING sila berjumpa dengan PENASIHAT AKADEMIK anda bagi tujuan menyusun semula pelan pengajian anda. Senarai kelas adalah seperti berikut:-


20 February 2012

BITARA DINAMIK - Team Building



10 - 11 Disember 2011 - Jasin, Melaka
Satu program dalam memantapkan jati diri telah diadakan selama 2 hari 1 malam bertempat di Dr. Forest Camp , Chin Chin Jasin, Melaka. Aktiviti yang berkonsepkan 'team building' ini telah dirangka oleh Majlis Tertinggi BOSS 2011 demi memupuk semangat berpasukan serta ketahanan diri dari sudut fizikal dan mental semua ahli BOSS.   

19 February 2012

Road Show OM221 di Port Dickson

27 September 2011 (Selasa) - Politeknik Port Dickson


Dalam mempromosikan program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Sistem Pejabat (OM221) UiTM Cawangan Melaka KBM, Majlis Tertinggi BOSS bersama dengan warga kelas OM221 4A telah mengadakan satu program siri jelajah atau 'RoadShow' ke Politeknik Port Dickson. Siri jelajah dengan motto 'Menuju Puncak, Menjejak Destinasi' ini bertempat di DK 4, Politeknik Port Dickson bersama-sama dengan pelajar Diploma Kesetiusahaan Politeknik Port Dickson. 


17 February 2012

Montaj FPTP 2011

Biro Informasi dan Pembangunan ICT BOSS 2011 dengan kerjasama Penasihat BOSS, Cik Zarina Begum bt Ebrahim berjaya menghasilkan sebuah montaj pengenalan mengenai penubuhan Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat (FPTP) UiTM Melaka. Montaj ini telah digunakan sewaktu lawatan Kolej Komuniti Jasin ke FPTP di UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.


Montaj tersebut boleh didapati di 'Channel BOSSKBM @ YouTube' pada link di bawah.



(klik link di bawah)



Evolusi Generasi BOSS




24 September 2011 (Sabtu) 
Padang Kawad UiTM Melaka, Kampus Alor Gajah


Bagi meraikan kehadiran ahli BOSS yang baru yang terdiri daripada 3 kelas iaitu OM221 3A, OM221 3B dan OM221 3C yang baru mendaftar awal bulan September yang lalu,  ahli Majlis Tertinggi BOSS telah mengadakan suatu aktiviti hujung minggu di mana aktiviti ini lebih dikenali sebagai hari suai-kenal atau 'Induction Day'. Dengan mengambil tema 'Evolusi Generasi' , aktiviti yang lebih menjurus kepada sukaneka dan aktiviti sukan ini telah diadakan di perkarangan padang kawad dan kompleks sukan UiTM Melaka, Kampus Alor Gajah Melaka. 

16 February 2012

Sambutan Hari Raya Perdana UiTM - Meriah !!

23 September 2011 (Jumaat) - Perkarangan Bangunan UiTM Melaka KBM

Suatu sambutan Hari Raya Perdana UiTM Melaka KBM telah diadakan, di mana sambutan ini melibatkan seluruh program bagi setiap fakulti dan bahagian pengurusan UiTM Melaka KBM.


Aktiviti yang berlangsung selama sehari ini sungguh meriah apabila setiap program dan bahagian pengurusan UiTM menyajikan juadah hari raya yang beraneka jenis dan rupa untuk santapan setiap warga UiTM yang hadir.

Ekspresi Minda & Jasmani - Ismah Beach Resort







3 April 2011 (Ahad) - Ismah Beach Resort, Masjid Tanah Melaka

Suatu program hujung minggu telah berjaya dilaksanakan julung kalinya oleh ahli Majlis Tertinggi BOSS 2011. Dengan bertemakan Ekspresi Minda dan Jasmani, program yang pertama kali ini diadakan adalah bertujuan bagi memupuk ukhwah dan semangat kesetiakawan di antara ahli BOSS dan para pensyarah.  Program yang diadakan selama sehari ini bertempat di Ismah Beach Resort, Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka.

Sukan Antara Program UiTM KBM 2011


19 Mac 2011 - UiTM Melaka KBM.  
Buat julung kalinya BOSS telah menghantar atletnya dalam menyertai satu program sukan atau lebih dikenali sebagai Kejohanan Sukan Antara Program (SAP) yang dianjurkan oleh Unit Sukan UiTM Melaka KBM.
Kejohanan ini telah berlangsung pada 19 Mac 2011 hingga 9 April 2011. Pelbagai aktiviti sukan seperti Futsal, Bola Jaring, Petanque, Ping-Pong, Badminton, Bola Tampar, Bola Sepak dan Bowling telah dipertandingkan sewaktu kejohanan ini berlangsung. Menariknya lagi, Unit Sukan UiTM Melaka KBM juga menambah dua aktiviti di penghujung kejohanan ini iaitu Cheerleader dan Perbarisan. 

14 February 2012

1st Annual General Meeting BOSS




25 Februari 2011 - Level 16 Bangunan UiTM Melaka KBM. Suatu majlis yang julung-julung kalinya dilakukan bagi program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian), OM221 - UiTM Melaka KBM. Majlis ini diadakan bagi mewujudkan suatu kelab persatuan yang diberi nama "Bachelor of Office Systems Society" dengan singkatannya 'BOSS'

Playback Event BOSS

Salam warga BOSS...

Berikut merupakan icon 'Playback Event BOSS'
di mana icon ini akan diletakkan di setiap post event BOSS yang lepas bagi memudahkan para siswa mengetahui dan membezakan event BOSS yang terkini dan yang lepas.


Semoga segala event yang dianjurkan oleh pihak Majlis Tertinggi BOSS dapat dikongsi dengan paparan semula ke dalam blog rasmi BOSS ini.
Terima Kasih.




BOSS - Segalanya Bermula


BOSS
-Segalanya Bermula-


Selamat Datang ke Blog Rasmi BOSS 
 "Bachelor of Office Systems Society"

Blog ini merupakan platform rasmi perkongsian maklumat bagi mahasiswa dan mahasiswi UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka bagi jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian).

Segala aktiviti mahupun maklumat terkini dari BOSS dan Fakulti khususnya dan UiTM Cawangan Melaka amnya akan dipaparkan terus ke blog ini bagi memudahkan para mahasiswa mendapat maklumat yang terbaru dan terkini.

Semoga para mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian) UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya dapat memanfaatkan penggunaan blog ini untuk kesenangan anda.

Terima Kasih