• Photobucket
  • Photobucket
  • Photobucket
  • Photobucket

19 February 2012

Road Show OM221 di Port Dickson

27 September 2011 (Selasa) - Politeknik Port Dickson


Dalam mempromosikan program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Sistem Pejabat (OM221) UiTM Cawangan Melaka KBM, Majlis Tertinggi BOSS bersama dengan warga kelas OM221 4A telah mengadakan satu program siri jelajah atau 'RoadShow' ke Politeknik Port Dickson. Siri jelajah dengan motto 'Menuju Puncak, Menjejak Destinasi' ini bertempat di DK 4, Politeknik Port Dickson bersama-sama dengan pelajar Diploma Kesetiusahaan Politeknik Port Dickson. 


Program ini bermula pada sebelah petang dengan ucapan pengerusi majlis yang kemudiannya disusuli dengan ucapan Ketua Projek DSK - Puan Jamilah Hussain. Seterusnya ucapan dari Ketua Projek Road Show, Azrina Suhaimi dan ucapan perasmian dari Koordinator Program OM114/OM221, Puan Zaini bt Hj. Sa'at. 


Kemudian program diteruskan dengan agenda utama RoadShow di mana penerangan mengenai jurusan OM221 ini telah dibentangkan oleh Naib Yang Dipertua BOSS, Azwan Shah bin Aminuddin. Penerangan bukan sahaja tertumpu mengenai subjek yang dipelajari serta peluang kerjaya yang bakal diperolehi apabila menamatkan pengajian, malahan pendedahan mengenai jurusan lain yang berada di bawah Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat juga disentuh. 


Keseluruhan perjalanan majlis ini berjalan dengan lancar, dan kerjasama antara dua belah pihak dalam menjayakan program ini amat baik. Semoga program 'RoadShow OM221' ini dapat diadakan lagi di masa-masa yang akan datang.











No comments:

Post a Comment