• Photobucket
  • Photobucket
  • Photobucket
  • Photobucket

17 February 2012

Evolusi Generasi BOSS




24 September 2011 (Sabtu) 
Padang Kawad UiTM Melaka, Kampus Alor Gajah


Bagi meraikan kehadiran ahli BOSS yang baru yang terdiri daripada 3 kelas iaitu OM221 3A, OM221 3B dan OM221 3C yang baru mendaftar awal bulan September yang lalu,  ahli Majlis Tertinggi BOSS telah mengadakan suatu aktiviti hujung minggu di mana aktiviti ini lebih dikenali sebagai hari suai-kenal atau 'Induction Day'. Dengan mengambil tema 'Evolusi Generasi' , aktiviti yang lebih menjurus kepada sukaneka dan aktiviti sukan ini telah diadakan di perkarangan padang kawad dan kompleks sukan UiTM Melaka, Kampus Alor Gajah Melaka. 



Disebelah paginya aktiviti seharian ini berjalan dengan suasana yang ceria di mana pelbagai aktiviti sukaneka dipermainkan dengan menggabungkan ahli BOSS yang lama dan yang baru dalam satu pasukan yang berbeza. Selain daripada itu, aktiviti padang seperti Futsal dan Bola Jaring turut diadakan dalam merancakkan lagi acara ini berlangsung. Acara ini tamat pada sebelah petang dengan upacara penyampaian hadiah dan suai-kenal antara barisan Pensyarah, Ahli Majlis Tertinggi BOSS 2011 dan ahli BOSS yang baru.


Secara keseluruhan, aktiviti ini berjalan dengan lancar dan dapat memuaskan hati semua pihak yang terlibat. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua.















No comments:

Post a Comment