• Photobucket
  • Photobucket
  • Photobucket
  • Photobucket

16 February 2012

Sukan Antara Program UiTM KBM 2011


19 Mac 2011 - UiTM Melaka KBM.  
Buat julung kalinya BOSS telah menghantar atletnya dalam menyertai satu program sukan atau lebih dikenali sebagai Kejohanan Sukan Antara Program (SAP) yang dianjurkan oleh Unit Sukan UiTM Melaka KBM.
Kejohanan ini telah berlangsung pada 19 Mac 2011 hingga 9 April 2011. Pelbagai aktiviti sukan seperti Futsal, Bola Jaring, Petanque, Ping-Pong, Badminton, Bola Tampar, Bola Sepak dan Bowling telah dipertandingkan sewaktu kejohanan ini berlangsung. Menariknya lagi, Unit Sukan UiTM Melaka KBM juga menambah dua aktiviti di penghujung kejohanan ini iaitu Cheerleader dan Perbarisan. 


Hampir kesemua sukan yang dipertandingkan telah disertai oleh ahli BOSS. Kehebatan BOSS terserlah di mana sewaktu kejohanan ini dilangsungkan, BOSS hanya mempunyai kekuatan kurang daripada 60 orang dan merupakan satu-satunya kelab dan program yang baru bertanding dengan program-program yang telah lama bertapak di UiTM Melaka KBM. 
Daripada 10 program yang bertanding, BOSS telah menamatkan kejohanan ini dengan menduduki tangga ke 9 selepas program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Sumber Manusia.

Antara kejayaan yang dapat dikecapi sewaktu kejohanan ini ialah BOSS mendapat tempat ke-2 sewaktu pertandingan perbarisan yang dijalankan semasa penutupan kejohan sukan. Meskipun atlet BOSS hanya mampu menggasak lawannya sehingga ke suku dan separuh akhir bagi setiap sukan yang dipertandingkan, semangat tidak berputus asa dan semangat kesukanan jelas tergambar dan hingga mendapat banyak pujian daripada pelbagai pihak.

Syabas dan tahniah kepada seluruh atlet BOSS 2011.



Perbarisan BOSS yang mendapat tempat ke-2
Sesi bergambar bersama Rektor UiTM Melaka
Datuk Prof. Madya Dr. Mizan bin Hitam
Atlet futsal BOSS

Kumpulan 'Cheerleader' BOSS 

























No comments:

Post a Comment