• Photobucket
  • Photobucket
  • Photobucket
  • Photobucket

16 February 2012

Ekspresi Minda & Jasmani - Ismah Beach Resort







3 April 2011 (Ahad) - Ismah Beach Resort, Masjid Tanah Melaka

Suatu program hujung minggu telah berjaya dilaksanakan julung kalinya oleh ahli Majlis Tertinggi BOSS 2011. Dengan bertemakan Ekspresi Minda dan Jasmani, program yang pertama kali ini diadakan adalah bertujuan bagi memupuk ukhwah dan semangat kesetiakawan di antara ahli BOSS dan para pensyarah.  Program yang diadakan selama sehari ini bertempat di Ismah Beach Resort, Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka.


Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya pada sebelah pagi, aktiviti seperti sukaneka diadakan di tepi pantai yang berdekatan dengan resort. Seterusnya disebelah petang pula merupakan lawatan ke Pusat Pengurusan Penyu yang terletak tidak jauh dari Ismah Beach Resort. Di sana para peserta dijamu dengan pelbagai maklumat mengenai kepentingan dalam memastikan penyu-penyu di Malaysia tidak pupus ditelan zaman.

Penyampaian cenderahati dan hadiah pertandingan sukaneka menjadi aktiviti yang terakhir program ini sebelum para peserta dilepaskan bagi aktiviti bebas di sekitar Ismah Beach Resort. Pelbagai kemudahan dan aktiviti menarik telah disediakan oleh pihak Ismah Beach Resort bagi memeriahkan lagi program ini berjalan. Antaranya ialah kemudahan bermain 'Banana Boat' dan kolam renang.

Keseronokan dan kegembiraan jelas tergambar di raut wajah peserta yang hadir. Rata-rata amat berpuas hati dengan perjalanan serta aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Terima kasih kepada semua ahli BOSS dan para pensyarah dalam menjayakan program yang julung kalinya diadakan oleh Ahli Majlis Tertinggi BOSS 2011.













No comments:

Post a Comment