23 September 2011 (Jumaat) - Perkarangan Bangunan UiTM Melaka KBM

Suatu sambutan Hari Raya Perdana UiTM Melaka KBM telah diadakan, di mana sambutan ini melibatkan seluruh program bagi setiap fakulti dan bahagian pengurusan UiTM Melaka KBM.
Aktiviti yang berlangsung selama sehari ini sungguh meriah apabila setiap program dan bahagian pengurusan UiTM menyajikan juadah hari raya yang beraneka jenis dan rupa untuk santapan setiap warga UiTM yang hadir.
Antara juadah hari raya yang disajikan ialah seperti cendol, ayam golek, buah-buahan dan minuman. Manakala di gerai BOSS pula, Nasi Ayam menjadi pilihan bagi sajian di Sambutan Hari Raya Perdana ini.
Detik manis terukir apabila BOSS telah memenangi tempat Pertama bagi Gerai Tercantik sewaktu acara ini berlangsung. Kejayaan ini terhasil dengan usaha sama dan idea kreatif yang tidak berbelah bagi antara semua ahli BOSS dan pensyarah yang terlibat.
Syabas dan tahniah diucapkan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk kejayaan seterusnya.
No comments:
Post a Comment