• Photobucket
  • Photobucket
  • Photobucket
  • Photobucket

20 February 2012

BITARA DINAMIK - Team Building



10 - 11 Disember 2011 - Jasin, Melaka
Satu program dalam memantapkan jati diri telah diadakan selama 2 hari 1 malam bertempat di Dr. Forest Camp , Chin Chin Jasin, Melaka. Aktiviti yang berkonsepkan 'team building' ini telah dirangka oleh Majlis Tertinggi BOSS 2011 demi memupuk semangat berpasukan serta ketahanan diri dari sudut fizikal dan mental semua ahli BOSS.   



Secara ringkasnya, program ini berbermula dengan aktiviti 'water confident'  serta aktiviti berpasukan yang diadakan di sekitar kem pada sebelah paginya. Kemudian aktiviti diteruskan dengan aktiviti 'Jungle Tracking' di mana para peserta dibawa memasuki hutan serta kawasan yang berair di sekitar kawasan kem. Pelbagai aktiviti yang mencabar fizikal dan mental para peserta turut dimuatkan sepanjang aktiviti ini berjalan. 


Juadah Barbeque serta aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) menjadi penyeri aktiviti program ini pada sebelah malamnya. Klimaks program ini merupakan aktiviti 'Night Walk' di mana para peserta dibawa berjalan dalam kumpulan di sekitar kawasan kem dan di dalam suasana yang gelap.  Di sini para peserta diuji akan ketahanan mental dan keberanian masing-masing dalam mengharungi sesuatu cabaran yang bakal dihadapi.  


Pada pagi keesokan harinya, aktiviti 'water rescue' dijalankan di tasik yang berdekatan dengan kem. Para peserta diminta untuk membentuk satu formasi dalam menyelamatkan diri jika berlaku sesuatu kemalangan di tengah laut. Kemudian aktiviti berkayak menjadi aktiviti yang paling menarik bagi para peserta program 'team bulding' ini. Program berakhir dengan ucapan serta penyampaian hadiah dan cenderahati antara pihak Dr. Forest Camp dan BOSS. 


Secara keseluruhannya apabila aktiviti ini berakhir, rata-rata peserta berpuas hati dengan perjalanan program ini. Jelas tergambar kepuasan hati setiap peserta setelah mengharungi pelbagai cabaran sepanjang program ini berlangsung. Tahniah kepada peserta yang menjayakan program ini dan semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi di masa-masa kelak. Terima Kasih.














No comments:

Post a Comment