Assalammualaikum....
Berikut adalah senarai nama mengikut bahagian masing-masing. Sebarang pertukaran kelas adalah tidak dibenarkan. Bagi bahagian 4 untuk kelas yang melibatkan MAKMAL untuk kod (OSM554 dan OSM603) kelas anda akan berpecah kepada 3 (A, B, C) iaitu mengikut kelas anda yang asal semasa bahagian 3, cuma kes-kes tertentu sahaja yang akan ditentukan kelas. Untuk bahagian 5 dan 6 kelas anda seperti biasa. Bagi mereka yang namanya saya HIGHLIGHT KUNING sila berjumpa dengan PENASIHAT AKADEMIK anda bagi tujuan menyusun semula pelan pengajian anda. Senarai kelas adalah seperti berikut:-
23 February 2012
20 February 2012
BITARA DINAMIK - Team Building
10 - 11 Disember 2011 - Jasin, Melaka

19 February 2012
Road Show OM221 di Port Dickson
27 September 2011 (Selasa) - Politeknik Port Dickson
Dalam mempromosikan program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Sistem Pejabat (OM221) UiTM Cawangan Melaka KBM, Majlis Tertinggi BOSS bersama dengan warga kelas OM221 4A telah mengadakan satu program siri jelajah atau 'RoadShow' ke Politeknik Port Dickson. Siri jelajah dengan motto 'Menuju Puncak, Menjejak Destinasi' ini bertempat di DK 4, Politeknik Port Dickson bersama-sama dengan pelajar Diploma Kesetiusahaan Politeknik Port Dickson.

17 February 2012
Montaj FPTP 2011

Montaj tersebut boleh didapati di 'Channel BOSSKBM @ YouTube' pada link di bawah.
(klik link di bawah)
Evolusi Generasi BOSS
24 September 2011 (Sabtu)
Padang Kawad UiTM Melaka, Kampus Alor Gajah

16 February 2012
Sambutan Hari Raya Perdana UiTM - Meriah !!
23 September 2011 (Jumaat) - Perkarangan Bangunan UiTM Melaka KBM

Suatu sambutan Hari Raya Perdana UiTM Melaka KBM telah diadakan, di mana sambutan ini melibatkan seluruh program bagi setiap fakulti dan bahagian pengurusan UiTM Melaka KBM.
Aktiviti yang berlangsung selama sehari ini sungguh meriah apabila setiap program dan bahagian pengurusan UiTM menyajikan juadah hari raya yang beraneka jenis dan rupa untuk santapan setiap warga UiTM yang hadir.
Ekspresi Minda & Jasmani - Ismah Beach Resort

Sukan Antara Program UiTM KBM 2011
Buat julung kalinya BOSS telah menghantar atletnya dalam menyertai satu program sukan atau lebih dikenali sebagai Kejohanan Sukan Antara Program (SAP) yang dianjurkan oleh Unit Sukan UiTM Melaka KBM.
Kejohanan ini telah berlangsung pada 19 Mac 2011 hingga 9 April 2011. Pelbagai aktiviti sukan seperti Futsal, Bola Jaring, Petanque, Ping-Pong, Badminton, Bola Tampar, Bola Sepak dan Bowling telah dipertandingkan sewaktu kejohanan ini berlangsung. Menariknya lagi, Unit Sukan UiTM Melaka KBM juga menambah dua aktiviti di penghujung kejohanan ini iaitu Cheerleader dan Perbarisan.
14 February 2012
1st Annual General Meeting BOSS

Playback Event BOSS
Salam warga BOSS...
Berikut merupakan icon 'Playback Event BOSS' ,
di mana icon ini akan diletakkan di setiap post event BOSS yang lepas bagi memudahkan para siswa mengetahui dan membezakan event BOSS yang terkini dan yang lepas.
Semoga segala event yang dianjurkan oleh pihak Majlis Tertinggi BOSS dapat dikongsi dengan paparan semula ke dalam blog rasmi BOSS ini.
Terima Kasih.
BOSS - Segalanya Bermula
BOSS
-Segalanya Bermula-
Selamat Datang ke Blog Rasmi BOSS
"Bachelor of Office Systems Society"
"Bachelor of Office Systems Society"
Blog ini merupakan platform rasmi perkongsian maklumat bagi mahasiswa dan mahasiswi UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka bagi jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian).
Segala aktiviti mahupun maklumat terkini dari BOSS dan Fakulti khususnya dan UiTM Cawangan Melaka amnya akan dipaparkan terus ke blog ini bagi memudahkan para mahasiswa mendapat maklumat yang terbaru dan terkini.
Semoga para mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian) UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya dapat memanfaatkan penggunaan blog ini untuk kesenangan anda.
Terima Kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)